Pages

Saturday, January 1, 2011

Home » , » Punca garis-garis halus dan kedutan di wajah

Punca garis-garis halus dan kedutan di wajah


1. FAKTOR SEMULAJADI
Ini adalah proses penuaan secara semulajadi kerana pengurangan metabolisme sel pada kulit. Faktor genetik juga merupakan punca utama perkara ini berlaku. Jika kedua ibu bapa mengalami proses penuaan yang lambat, anda juga akan mengalami proses yang sama. Semakin usia meningkat, sel kulit lebih banyak membebaskan radikal dan sistem pertahanan juga semakin berkurangan. Hasilnya kulit akan kekurangan kolagen dan fibres elastin

2. PENDEDAHAN KEPADA SINAR UV
Proses penuaan ini adalah berkaitan dengan pendedahan yang berlebihan kepada sinar UV. Tabiat seperti merokok, tekanan, diet yang salah dan pengambilan alkohol adalah bersamaan dengan pendedahan kulit kepada sinar UV bagi tempoh yang panjang. Apabila berlaku kerosakan pada oxidative akan berlakulah pigmentasi, garis-garis halus dan kelembapan kulit juga akan berkurangan. Namun faktor penuaan ini boleh dielakkan dengan perlindungan dan penjagaan yang betul serta teratur.

3. MIMIK MUKA
Garis-garis halus ini selalu terjadi di muka terutama sekitar dahi, hujung mata, hidung dan bahagian tepi mulut. Ia juga dikenali sebagai garis mimik muka. Garis-garis ini terjadi akibat pergerakan otot muka, tarikan graviti dan tekanan atau alahan penggunaan kosmetik atau ubat pada wajah. Pakar kulit boleh mengenal pasti cara anda tidur berdasarkan kesan garisan halus pada muka sewaktu tidur. Garisan mimik muka ini muncul dan menjadi ketara apabila kulit menjadi lebih nipis dan kurang keanjalan seperti hasil yang didapati dari ujian photo-damage dan chronological ageing.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...