Pages

Saturday, January 29, 2011

Digital TV on PC

Anda bosan dengan perisian tv di PC yang kononnya berfungsi? kalau pun ada yang berfungsi anda dibebani dengan bayaran bulanan yang boleh tahan mahalnya? bagaimana jika di sini saya rekemenkan kepada anda sebuah perisian yang benar-benar berfungsi untuk kita pengguna-pengguna di malaysia? anda boleh milikinya dengan harga serendah USD17 = RM51.94 dengan sekali bayaran sahaja untuk seumur hidup. Tiada bayaran bulanan dan tiada sebarang hardware yang diperlukan. Hanya download perisian yang diberikan setelah anda membuat bayaran. Namun harga tersebut masih mahal kepada anda? di sini saya berikan tips untuk mendapatkan harga tawaran yang lebih murah untuk perisian tersebut. Click link di sini http://bit.ly/fUtPwL. Kemudian anda akan dibawa ke landing page seperti di bawah.


Kemudian masukkan email dan nama gelaran anda dan click Show Me How! Seterusnya anda akan ke laman seperti di bawah


Apa yang perlu anda lakukan selepas ini adalah close laman tersebut. secara automatik sesuatu yang seperti berikut akan muncul..


Tekan OK dan tekan Stay on Page seperti di bawah



Tekan Get Access Now!

Dan anda sudah boleh dapatkan perisian tersebut dengan harga USD7 = RM21.00 sahaja


dan satu persoalan yang timbul..adakah perisian ini berfungsi di Malaysia..saksikan video tersebut



Wednesday, January 12, 2011

RealPlayer SP

Di sini saya nak berkongsi berkenaan satu Media Player yang amat berguna; RealPlayer SP.
RealPlayer SP adalah satu program atau media player yang mempunyai pelbagai function.Ia bukan sahaja digunakan untuk memainkan movie, bahkan lebih daripada itu. RealPlayer menyokong pelbagai format movie,tak kira .avi ke atau apa-apa sahaja format yang ada.Antaranya ialah :RealAudio (*.ra, *.rm), RealVideo (*.rv, *.rm, *.rmvb), RealPix (*.rp), RealText (*.rt), RealMedia Shortcut (*.ram, *.rmm), DVD (*.vob), Video CD (*.dat), MPEG Video (*.mpg, *.mpeg, *.m2v, *.mpe etc), AVI (*.avi, *.divx), MJPEG video playback from .avi files, Windows Media (*.wma, *.wmv and etc) (requires Windows Media Player 9/10), QuickTime (*.mov, *.qt) (Quick Time Player must be installed), Adobe Systems Flash (*.swf) (Flash or Shockwave Player must be installed), Flash Video (*.flv).

Bukan itu sahaja, kalau anda install media player ni, anda akan dapat software-software percuma yang boleh anda guna. Antaranya adalah Media Converter, Media Trimmer dan pelbagai lagi. Media Converter ni, anda boleh extract audio daripada video.Tukar format video pun boleh. Manakala MediaTrimmer pula, jika anda nak potong lagu untuk dijadikan ringtone, anda boleh guna aplikasi ni.


Bagi anda yang rajin download cerita atau klip lagu kat Youtube, guna RealPlayer SP pun boleh. Macam mana? semasa anda nak stream player kat Youtube tu, alihkan cursor anda ke area video, nanti ada button 'Download This Video'. Klik je kat situ.


RealPlayer SP ni, boleh didapatkan secara percuma.Ada juga premium edition,tapi guna yang free pun memang amat berbaloi. RealPlayer SP ni juga menyokong sistem audio.Antaranya ; MP3 (*.mp3, *.mp2, *.mp2, *.m3u), CD Audio (*.cda), WAV (*.wav), AAC/aacPlus v1 (*.aac, *.m4a, *.m4b, *.mp4, *.acp, *.m4p), Apple Lossless, AIFF (*.aif, *.aiff), AU Audio Files (*.au), Panasonic AAC (*.acp).


Format gambar juga tidak ketinggalan. 
Sebenarnya,banyak lagi function RealPlayer SP ni, untuk maklumat lanjut, anda boleh la melawat WIKI -DISINI-


Akhir sekali, Kalau nak install RealPlayer SP nie, anda kena guna connection internet. Anda boleh download disini atau klik gambar diatas tadi.

doPDF sebagai pengganti printer

 “Anda sedang menggunakan aplikasi web dan memerlukan anda mencetak salinan. Contohnya slip peperiksaan atau resit. Malangnya anda tidak mempunyai printer. Oleh itu anda cuba copy paste salinan tersebut tetapi hasilnya agak buruk, tidak seperti paparan cetak”
DoPDF






Bagaimana nak atasi masalah ini?

Memperkenalkan doPDF. doPDF merupakan perisian percuma yang membolehkan anda mencetak apa-apa paparan ke dalam bentuk PDF. Dengan kata lain, doPDF merupakan virtual printer kepada pc anda.

Bagaimana nak guna doPDF?

Setelah anda install doPDF, anda boleh memilih doPDF sebagai pencetak document anda. Contohnya saya mahu print artikel ini : http://wuina.blogspot.com/2011/01/sedang-menggunakan-aplikasi-web-dan.html

Saya dapat memilih doPDF sebagai printer saya.






















Pilih filename dan save folder anda



















Contoh kegunaan DoPDF:

 

1. Resit maybank2u / cimbclick / dan lain-lain dalam bentuk pdf

2. Slip menduduki peperiksaan, slip peperiksaan dan lain-lain

3. Save mana-mana halaman website dalam bentuk PDF

Mudahkan? Sekarang anda hanya perlu print dalam bentuk pdf, save ke dalam pendrive dan print dimana-mana printer terdekat. Bagi saya, perisian ini sangat berguna untuk pelajar.

p/s : Jika anda pengguna SnagIT, fungsi ini juga telah terbina dalam. Oleh itu tak perlu lagi install doPDF.

Download link :

Jadual Gaji Kakitangan Awam 2011

Di bawah adalah Jadual Gaji Kakitangan Awam 2011 yang dikeluarkan oleh pihak Akauntan Negara Malaysia (AMN)


Sunday, January 9, 2011

Facebook Akan Di Tutup Hanyalah Suatu Berita Palsu

Salah satu berita yang menjadi sebutan ramai hari ini adalah mengatakan yang mana Facebook akan ditutup pada 15 Mac 2011, yang mana sekaligus telah meningkatkan aktiviti spam emel rakan-rakan dengan berita tersebut. Hendaklah diambil perhatian yang mana berita tersebut hanyalah sebuah berita tipu semata-mata.



Semestinya ramai yang akan tergelak dengan membaca berita ini. Facebook yang kini telah menjadi sebuah laman terkemuka didunia, baru-baru ini telah menambah dana untuk beroperasi, selain dianggarkan bernilai lebih $50 billion. Pada masa yang sama, ianya mempunyai lebih 550 juta pengguna seluruh dunia yang bertambah setiap hari.



Sekiranya dilihat daripada sudut yang paling teruk sekalipun, perkara yang amat dahsyat akan dilakukan oleh Facebook hanyalah sekadar menjual laman mereka kepada pihak lain, samaada Google, Microsoft ataupun yang lain-lain. Berita mengenai penutupan laman tersebut timbulnya daripada laman Weekly World News, yang sememangnya sering mengeluarkan berita-berita yang tidak benar dan lucu, dan carian “Facebook akan ditutup pada 15 Mac” di Google memperlihatkan lebih daripada 63,300 hasil carian ketika artikel ini ditulis.

Saturday, January 1, 2011

13 cara kekalkan berat badan


Ingin menjaga tubuh tetap ideal dengan cara mudah? Berikut diperturunkan beberapa tip untuk menurunkan berat badan.



Asid membuatkan tubuh menjadi langsing
Buah-buahan yang masam mengandungi vitamin C yang cukup ampuh "menggarap lemak" dan merampingkan tubuh. Pengambilan makanan masam (bersifat asid) dapat mencerna protein, zat besi serta kalsium lebih baik lagi di dalam tubuh. Makanan jenis ini juga memudahkan lemak diolah.

Aktiviti berjalan kaki
Aktiviti berjalan kaki ternyata cukup berguna apabila anda ingin memiliki tubuh yang ideal dengan cara yang cepat. Selain ia membentuk bahagian tubuh sekitar perut dan punggung agar menjadi lebih kencang. Dalam beberapa minggu, anda akan dapat merasakan perubahan yang cukup bererti.

Metabolisme lancar berkat buah strawberi
Strawberi memiliki kandunganzat yang sangat besar sesuai dengan keperluan yang diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan hormon yang sangat penting untuk metabolisme. Waktu yang tepat untuk mengambil strawberi ialah selepas makan. Biji-biji kecil yang terdapat dalam buah ini berguna untuk keseimbangan pencernaan.

Pertukaran suhu membuatkan tubuh mencapai bentuk ideal
Pergantian antara suhu panas dan dingin tubuh mampu membakar molekul lemak dengan lebih baik. Program perawatan pelangsingan tubuh biasanya menggunakan teknik ini. Anda juga boleh melakukannya sendiri di rumah dengan menggantikan suhu air pancuran menjadi dingin dan panas. Pergantian suhu ini juga boleh anda lakukan di dalam bilik dengan cara menggantikan suhu kamar secara bergantian antara panas dan dingin (penghawa dingin)

Menikmati sayuran di atas piring warna biru
Agar tubuh bersih dari produk-produk metabolisme, makanlah sayur-sayuran dan buah-buahan sesuai dengan jumlah yang diperlukan oleh tubuh. Lebih elok lagi apabila anda makan dalam piring berwarna biru. Warna biru bukan sahaja memberikan rasa nyaman ketika makan namun juga dapat meningkatkan nafsu makan.

Senaman yang teratur
Dengan bersenam, lebihan kalori dalam tubuh akan terbakar. Apabila kita bersenam, tubuh akan membahagi endorfin ke seluruh bahagian tubuh. Untuk menghindari dehidrasi ketika bersenam, minumlah air putih sebanyak-banyaknya.

Makan buah anggur
Makan buah anggur lebih baik berbanding makan makanan ringan. Buah ini sangat baik untuk diet kerana gula buah yang terkandung di dalamnya sangat berguna untuk melawan rasa lapar. Buah ini juga mampu membakar lemak. Buah ini juga boleh dimakan dengan buah-buahan yang lain. Dengan cara itu keperluan vitamin dalam tubuh dapat dipenuhi.

Mengatasi rasa lapar yang luar biasa
Apabila tiba-tiba perut diserang rasa lapar yang amat sangat, sedutlah wangian dari sapu tangan yang telah dititiskan empat titis minyak lavender. Bernafaslah dalam-dalam maka anda akan dapat merasakan segala urat saraf anda kembali segar. Selain minyak lavender, aroma dari minyak mawar juga sama khasiatnya. Aromanya membuatkan tubuh menjadi relaks dan tubuh akan berasa santai.

Cukup minum
Cairan dari air minum atau dari sari buah sangatlah penting bagi pencernaan metabolisme agar tetap bekerja dengan lancar. Minumlah air dalam suhu bilik atau suam. Menurut ajaran dari timur jauh, minuman yang sejuk dan berais boleh membekukan pencernaan.

Makan kentang sebagai sumber kekuatan
Kentang mudah dicerna. Makanan ini banyak mengandungi karbohidrat, kalium dan sedikit lemak. Nikmatilah makanan ini dengan menggunakan susu atau krim. Produk-produk olahan susu seperti krim ini kaya dengan kalsium dan kentang yang dimakan memiliki khasiat untuk melangsingkan tubuh.

Penawar rasa lapar
Rasa lapar ada kalanya disertai dengan rasa haus. Minumlah segelas air putih sebelum makan. Dengan cara itu, anda tidak berasa terlalu lapar.

Ubat gigi perasa pudina
Setelah menghabiskan makanan terakhir anda, segeralah menggosok gigi dengan menggunakan ubat gigi perasa pudina yang segar. Menurut kajian, rasa pudina yang ada pada ubat gigi akan membuang nafsu makan anda khususnya untuk makanan yang manis-manis. Jika anda tidak berpeluang menggosok gigi selepas makan, kunyahlah gula-gula berperisa pudina.

Ikan sangat baik untuk mereka yang inginkan tubuh yang cantik
Ikan dapat membakar lemak dengan baik kerana proteinnya menjadi bahan bakar pembakaran lemak. Cara mudah ialah dengan memasak ikan dalam bungkusan seperti aluminium foil atau yang mengikut cara tradisional iaitu menu ikan pepes. Ikan pekasam juga sesuai untuk menu berasaskan ikan. Dijamin makanan anda akan menjadi ubat pelangsing yang ampuh.

Punca garis-garis halus dan kedutan di wajah


1. FAKTOR SEMULAJADI
Ini adalah proses penuaan secara semulajadi kerana pengurangan metabolisme sel pada kulit. Faktor genetik juga merupakan punca utama perkara ini berlaku. Jika kedua ibu bapa mengalami proses penuaan yang lambat, anda juga akan mengalami proses yang sama. Semakin usia meningkat, sel kulit lebih banyak membebaskan radikal dan sistem pertahanan juga semakin berkurangan. Hasilnya kulit akan kekurangan kolagen dan fibres elastin

2. PENDEDAHAN KEPADA SINAR UV
Proses penuaan ini adalah berkaitan dengan pendedahan yang berlebihan kepada sinar UV. Tabiat seperti merokok, tekanan, diet yang salah dan pengambilan alkohol adalah bersamaan dengan pendedahan kulit kepada sinar UV bagi tempoh yang panjang. Apabila berlaku kerosakan pada oxidative akan berlakulah pigmentasi, garis-garis halus dan kelembapan kulit juga akan berkurangan. Namun faktor penuaan ini boleh dielakkan dengan perlindungan dan penjagaan yang betul serta teratur.

3. MIMIK MUKA
Garis-garis halus ini selalu terjadi di muka terutama sekitar dahi, hujung mata, hidung dan bahagian tepi mulut. Ia juga dikenali sebagai garis mimik muka. Garis-garis ini terjadi akibat pergerakan otot muka, tarikan graviti dan tekanan atau alahan penggunaan kosmetik atau ubat pada wajah. Pakar kulit boleh mengenal pasti cara anda tidur berdasarkan kesan garisan halus pada muka sewaktu tidur. Garisan mimik muka ini muncul dan menjadi ketara apabila kulit menjadi lebih nipis dan kurang keanjalan seperti hasil yang didapati dari ujian photo-damage dan chronological ageing.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...