Pages

Saturday, January 1, 2011

Home » , , » Cara Menambah Pendapatan Keluarga

Cara Menambah Pendapatan Keluarga


Pada masa ini pasangan suami isteri perlu bertolak ansur, bukan hanya perasaan pasangan yang perlu dijaga malah sumber kewangan juga perlu mempunyai budget yang tersendiri. Anda dan pasangan pasti tidak mahu dilanda krisis kewangan yang kritikal. Lakukan perbelanjaan yang sesuai dengan jumlah kewangan yang diperoleh. Namun sesiapa pun pasti tidak dapat menduga perkara-perkara kecemasan yang akan berlaku. Pada masa tersebut sumber kewangan adalah diperlukan untuk mengurangkan penderitaan itu. Jika perkara ini berlaku, bukan bererti kita perlu bersifat tamak tetapi sumber kewangan adalah sebagai alat untuk mengurangkan beban yang dihadapi.

Luangkan masa untuk berkongsi idea dengan suami atau isteri bagi mengawal perbelanjaan bulanan. Selain berjimat cermat, terdapat juga langkah-langkah lain yang dapat mengurangkan dan menambah pendapatan isi rumah. Mengapa perlu mengikat perut sedangkan terdapat cara lain yang dapat membantu? Berikut adalah beberapa perkara yang dapat memberi idea untuk mengawal perbelanjaan bulanan. Semoga langkah-langkah ini dapat memberi panduan kepada pasangan suami isteri.

1. PELABURAN JANGKA PANJANG
Masa kini terdapat pelbagai kemudahan yang ditawarkan oleh pihak perbankan kepada pengguna. Antaranya ialah simpanan tetap, akaun semasa, akaun simpanan, mahupun pelaburan jangka panjang. Faedah yang ditawarkan juga amat memuaskan. Jika ragu-ragu dengan perkhidmatan yang ditawarkan, pilihlah perkhidmatan yang menawarkan urusniaga secara islam. Dapatkan segala maklumat yang anda perlukan dari pihak mereka. Pelaburan ini sudah tentu dapat digunakan pada masa anak mahu melanjutkan pelajaran atau saat kecemasan yang memerlukan perbelanjaan yang banyak. Pada ketika itulah anda dapat menghela nafas lega. Ini adalah seperti tidak menambah masalah baru kepada perkara tersebut.


2. MENGURANGKAN PERBELANJAAN SAMPINGAN
Akhir-akhir ini kenaikan barang agak ketara. Malah harga barang-barang sampingan juga turut mengalami kenaikan harga. Sebagai pasangan yang bijak, cuba kawal perbelanjaan isi rumah anda. Jika boleh mengurangkan perbelanjaan seperti dari segi pakaian, maka anda perlu mengurangkan membeli pakaian yang baru. Malah pada masa ini merupakan waktu yang sesuai untuk mendidik anak-anak berjimat cermat. Ajarlah mereka bagaimana cara untuk menabung dan terangkan juga mengapa mereka perlu berbuat demikian. Ini kerana anak-anak kecil tidak mahu melakukan sesuatu perkara tanpa penerangan dan contoh dari ibu bapa mereka. Sebenarnya konsep menabung perlu disemai sejak kecil lagi.

3. BERNIAGA SECARA KECIL-KECILAN
Adakah anda bekerja? Lakukan satu perkara yang dapat menambah pendapatan anda walaupun semasa anda sedang bekerja. Gunakan pengetahuan dan kemahiran anda. Jika anda mempunyai kemahiran seperti memasak, adalah baik jika anda boleh berniaga secara kecil-kecilan di pejabat seperti menjual sarapan pagi yang siap sudah dibungkus. Letakkan di satu sudut seperti ruang makan yang sering menjadi tumpuan pekerja. Namun anda juga perlu pastikan bahawa perniagaan anda tidak menganggu tugas-tugas seharian di pejabat.

4. MENAMBAH PENDAPATAN SEMASA DI RUMAH
Bagi sebilangan pekerja, mereka berpendapat jika mahu mempunyai pendapatan yang lebih, perlu melakukan kerja lebih masa. Namun ini pasti akan menjadi masalah kepada pasangan suami isteri jika anak dijaga oleh pusat asuhan. Ibu bapa perlu mengambil anak-anak pada masa yang telah ditetapkan oleh pusat jagaan tersebut. Cara mudah untuk menambah pendapatan semasa di rumah ialah melakukan kerja-kerja tambahan dari rumah yang tidak memerlukan anda melakukan atau pergi ke tempat lain. Antara kerja-kerja yang dapat anda lakukan ialah seperti membuat tuisyen kepada kanak-kanak atau kerja-kerja manual yang sering pihak perkilangan berikan kepada individu luar bagi memudahkan kerja-kerja mereka. Malah pada masa kini jika anda yakin, sudah tentu anda boleh memulakan pekerjaan dari rumah. Bantuan teknologi seperti komputer dan faks dapat membantu mengurangkan pergerakan anda ke tempat-tempat lain. Melalui perkembangan teknolgi semasa juga anda boleh melakukan perniagaan internet hanya dari rumah. Pada masa kini banyak peluang untuk memulakan atau menambah pendapatan dari internet. Cuma terpulang kepada kita untuk menyelidik dan memilih perniagaan internet bagaimana yang sesuai dengan minat dan pengetahuan kita.

5. KONSEP 'RUMAHKU SYURGAKU'
Segala kebahagiaan adalah bermula dari rumah. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk merealisasikan konsep tersebut. Apabila anda sekeluarga sedang mengawal perbelanjaan, maka sudah tentu ahli keluarga akan sentiasa berada di rumah. Pada masa ini ciptalah satu suasana yang dapat menggerakkan hubungan antara ahli keluarga. Antaranya ialah luangkan lebih masa dengan anak-anak. Ajarkan mereka membaca dan mengira. Jangan cepat berasa bosan untuk memberi tunjuk ajar kepada anak-anak. Malah anda boleh bermain satu permainan dengan mereka agar si anak tidak merasa tekanan yang dihadapi oleh ibu bapa. Jika mempunyai anak yang sedang menginjak dewasa, tidak salah jika anda meminta bantuan mereka untuk melakukan tugas-tugas rumah. Memasak, mengemas rumah atau membasuh kereta, bukankah sebenarnya kebahagiaan itu mudah untuk diwujudkan?

1 comment:

  1. salam,,nak share sket..nak tambah pendapatan tapi tak nak keluar rumah?? ini adalah perniagaan yg sesuai untuk anda..macam saya hanya duduk di rumah kejap-kejap dapat sms org masuk duit,pagi-pagi dpt sms org masuk duit,nak makan dpt sms lagi dan nak tido pun dpt sms lagi..BESTNYE!!! hanya bermodalkan RM10 SEKALI,saya dah terima RM10 BERKALI-KALI kerana perniagaan ini MAMPU dilakukan semua org..bagaimana? cuma klik sahaja link di bawah..mana tahu rezeki anda di sini sama seperti saya..

    http://ll.my/comel

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...