Pages

Wednesday, January 12, 2011

Home » , , » RealPlayer SP

RealPlayer SP

Di sini saya nak berkongsi berkenaan satu Media Player yang amat berguna; RealPlayer SP.
RealPlayer SP adalah satu program atau media player yang mempunyai pelbagai function.Ia bukan sahaja digunakan untuk memainkan movie, bahkan lebih daripada itu. RealPlayer menyokong pelbagai format movie,tak kira .avi ke atau apa-apa sahaja format yang ada.Antaranya ialah :RealAudio (*.ra, *.rm), RealVideo (*.rv, *.rm, *.rmvb), RealPix (*.rp), RealText (*.rt), RealMedia Shortcut (*.ram, *.rmm), DVD (*.vob), Video CD (*.dat), MPEG Video (*.mpg, *.mpeg, *.m2v, *.mpe etc), AVI (*.avi, *.divx), MJPEG video playback from .avi files, Windows Media (*.wma, *.wmv and etc) (requires Windows Media Player 9/10), QuickTime (*.mov, *.qt) (Quick Time Player must be installed), Adobe Systems Flash (*.swf) (Flash or Shockwave Player must be installed), Flash Video (*.flv).

Bukan itu sahaja, kalau anda install media player ni, anda akan dapat software-software percuma yang boleh anda guna. Antaranya adalah Media Converter, Media Trimmer dan pelbagai lagi. Media Converter ni, anda boleh extract audio daripada video.Tukar format video pun boleh. Manakala MediaTrimmer pula, jika anda nak potong lagu untuk dijadikan ringtone, anda boleh guna aplikasi ni.


Bagi anda yang rajin download cerita atau klip lagu kat Youtube, guna RealPlayer SP pun boleh. Macam mana? semasa anda nak stream player kat Youtube tu, alihkan cursor anda ke area video, nanti ada button 'Download This Video'. Klik je kat situ.


RealPlayer SP ni, boleh didapatkan secara percuma.Ada juga premium edition,tapi guna yang free pun memang amat berbaloi. RealPlayer SP ni juga menyokong sistem audio.Antaranya ; MP3 (*.mp3, *.mp2, *.mp2, *.m3u), CD Audio (*.cda), WAV (*.wav), AAC/aacPlus v1 (*.aac, *.m4a, *.m4b, *.mp4, *.acp, *.m4p), Apple Lossless, AIFF (*.aif, *.aiff), AU Audio Files (*.au), Panasonic AAC (*.acp).


Format gambar juga tidak ketinggalan. 
Sebenarnya,banyak lagi function RealPlayer SP ni, untuk maklumat lanjut, anda boleh la melawat WIKI -DISINI-


Akhir sekali, Kalau nak install RealPlayer SP nie, anda kena guna connection internet. Anda boleh download disini atau klik gambar diatas tadi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...