Pages

Friday, December 31, 2010

Home » , » Tips Mengetahui Lama Pemakaian Komputer

Tips Mengetahui Lama Pemakaian Komputer

Seringkali jika kita sudah terlalu asyik dengan aktiviti di komputer (membuat tugasan, laporan, kertas kerja mahupun ber"FB") kita terlupa akan waktu dan ini akan menjadikan komputer kita "penat". Sedangkan komputer juga seperti kita yang memerlukan waktu untuk rehat atau cooling down. Jika tidak, komputer akan cepat rosak kerana komponen-komponen di dalamnya akan mengalami over heat. Oleh sebab itu, kita mestila sentiasa cuba untuk mengawal berapa lama pemakaian komputer kita agar ianya akan lebih tahan lama.

Sehubungan dengan itu, berikut adalah tips atau cara untuk kita mengetahui berapa lama pemakaian komputer kita dengan menggunakan Windows, systeminfo. Lama waktu pemakaian computer dihitung dari komputer melakukan booting hingga kita melakukan pemeriksaan masa.

Berikut adalah langkah-langkahnya.

Pertama, pergi ke Command Prompt dengan cara klik [Start] [Accessories][Command Prompt] hingga muncul Command Prompt, seperti screenshot di bawah.


Kedua, pada command prompt tersebut, klik systeminfo diikuti dengan butang ENTER.


Ketiga, setelah menunggu beberapa saat, kita akan dapat melihat hasilnya. Dalam contoh ini, sejak booting hinggalah dilakukan pemeriksaan ini, komputer tersebut telah digunakan selama 51 minit 11 saat, seperti screenshot di bawah ini.


Keempat, selesai dan selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...