Pages

Monday, May 3, 2010

Home » Kerajaan Timbang Ganti MyKad (petikan dari Berita Harian)

Kerajaan Timbang Ganti MyKad (petikan dari Berita Harian)

Kerajaan timbang ganti MyKad
Oleh Hardi Effendi Yaacob dan Mohd Azis Ngah
bhnews@bharian.com.my
2010/05/04
KDN kenal pasti pelaksanaan, keputusan bergantung kepada peruntukan

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang meneliti untuk menggantikan MyKad dengan kad pengenalan versi baru yang lebih moden, terutama dari segi kegunaan dan ciri keselamatannya, namun perlu dilakukan berhati-hati kerana membabitkan perbelanjaan besar.
Kerajaan membelanjakan lebih RM1 bilion bagi menanggung kos pengeluaran MyKad dan sistem berkaitannya sejak mula diperkenalkan 10 tahun lalu bagi menggantikan kad pengenalan bermutu tinggi (KPT).
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Mahmood Adam memberitahu Berita Harian, cadangan menggantikan MyKad pernah dikemukakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), namun ditangguhkan berikutan kekangan ekonomi.

“Kabinet memutuskan penukaran (MyKad) tidak dibuat ketika itu kerana belanjanya besar dan banyak projek lain yang perlu diberikan keutamaan. Ia seterusnya diserapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan diteliti sekali lagi.

“KDN juga sudah mengenalpasti pelaksanaannya, namun belum ada apa-apa keputusan setakat ini dan semuanya bergantung kepada soal peruntukan kerana kita tidak mahu membebankan kerajaan dan rakyat,” katanya.

Beliau mengulas isu kehilangan dan kerosakan kira-kira 4.5 juta kad pengenalan pintar itu yang didedahkan akhbar ini, tiga hari lalu, dengan ada antaranya dikesan dipalsukan untuk pelbagai tujuan jenayah.
Difahamkan, walaupun belum ada keputusan dicapai berhubung cadangan itu, namun pelbagai usaha menambah baik MyKad sedia ada tetap diteruskan, dengan keutamaan untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatannya.

Ia termasuk penggunaan plastik polimer berkualiti tinggi bertujuan meningkatkan daya tahan lasaknya, selain paparan imej `hologram’ sebagai ciri keselamatan tambahan.

“Pada peringkat awal diperkenalkan, MyKad memang banyak kekurangan termasuk mudah rosak, cip berkarat, plastik (pembalut) tidak kalis air dan mudah tertanggal, namun semuanya sudah diatasi melalui pengenalan versi yang digunakan ketika ini.

“Fungsinya juga bukan sekadar kad pengenalan semata-mata, malah sebagai kad bank, lesen memandu dan kad prabayar (Touch & Go) melalui aplikasi cip pintar terbaru (bersaiz 64K) yang sukar digodam kerana setiap maklumat dikodkan,” katanya.

Beliau berkata, kementerian juga yakin spesifikasi keselamatan MyKad masih menepati keperluan semasa dan mampu menghadapi pelbagai risiko jenayah walaupun terdedah kepada cubaan memalsukannya seperti dilaporkan sebelum ini.

“MyKad sedia ada disifatkan yang terbaik pernah dihasilkan setakat ini di
Malaysia. Bagaimanapun, hakikatnya sebarang bentuk dokumen keselamatan seperti kad pengenalan dan pasport memerlukan perubahan berterusan bagi menyukarkannya dipalsukan.

“Lagi selalu kita ubah, lebih susah untuk penjenayah memalsukannya. Ini rasionalnya mengapa mata wang kita selalu diubah rekaannya bila tiba tempoh tertentu, yang turut dilengkapi spesifikasi keselamatan terkini,” katanya.
Admax Supports Eco-Living . Click here for 10 easy things you can do today to go green!

- untuk artikel sepenuhnya boleh layari http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KerajaantimbanggantiMyKad/Article

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...